HFMD

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di
premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD
dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa
membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk
mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD
adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018,
sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71)
dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa,
pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1.Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah
taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

2.Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya
menunjukkan gejala HFMD.

3.Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air
bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.

4.Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak
serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.

5.Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

6.Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda
jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.