MENGIKUTI KELAS KOMPUTER

Nama : Wan Adi Putra Bin Mohd Nasir

Umur : 12 tahun

Ahli : 2014

Latar Belakang

Adik Wan Adi Putra Bin Mohd Nasir merupakan pelajar sekolah rendah yang kini mengambil
kelas ICT di Pusat Internet Felda Bukit Cherakah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, saya kurang mahir dalam kepenggunaan komputer. Saya juga kurang
faham tentang perisian yang ada dalam komputer seperti Microsoft Power Point,
Microsoft Words dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendekatan kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Felda Bukit Cherakah,
ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer.
Antara kelas yang dilakukan adalah kelas Microsoft Office. Oleh yang demikian saya dapat
membuat kerja sekolah menggunakan perisian tersebut.