BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Faris Ridhwan Bin Syamrul Ridhwan
Umur : 15 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Faris Ridhwan atau dikenali sebagai Aish adalah pengunjung
yang setia berkunjung ke pusat internet bagi menggunakan perkhidmatan Komputer.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang pelajar sekolah Menengah Tingkatan 3.
Beliau menggunakan internet sebagai salah satu cara pembelajaran.
Internet banyak membantu beliau dalam menyelesaikan tugasan sekolah dan
mendapat maklumat untuk pembelajaran serta PT3.
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya penggunaan internet ia banyak membantu dan memudahkan
beliau dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan disekolah dan menyiapkan
kerja khusus PT3.
Disamping itu juga, melalui program-program yang dijalankan khususnya di
Pusat Internet Felda Bukit Cherakah, dapat memberikan ilmu baru dan dapat meningkatkan lagi
kemahiran beliau menggunakan internet dengan betul dan cermat.