Place Train Poertal

Q&A PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

1. Bilakah program ini akan dimulakan?

Setakat ini belum ada tarikh yang pasti sebab pihak penaja perlu pastikan
peserta yang dapat dikumpulkan dan peruntukan yang akan disediakan.
Walau bagaimanapun, pihak Gem-Asia mensasarkan untuk melancarkan dan memulakan
program ini paling lewat pada 15 Julai 2020. Jadi, sekiranya kita dapat
mengumpulkan semua nama peserta yang berminat pada 12hb Jun supaya dapat
dibentangkan pada 15 hb. Jun. Kami mengharapkan agar kelulusan dapat diperolehi
tidak lewat dari 01 Julai 2020. Ini akan memberikan pihak kami 2 minggu untuk
membuat persiapan dan maklumkan kepada peserta.

 

2. Adakah peserta perlu membayar sebarang yuran?

Peserta tidak perlu membayar sebarang yuran untuk program ini.

 

3. Adakah program ini dilaksanakan secara online atau offline?

Program ini akan diadakan secara online tetapi majlis pembentangan hasil kerja
dan penutup akan disecara offline selama 2 hari 1 malam di lokasi yang akan
ditentukan kemudian.

 

4. Adakah peserta akan diberikan sebarang elaun.

Sebagai pengajur, kami sememangnya bercadang untuk menyediakan elaun latihan,
tetapi berapa jumlahnya tidak dapat ditentukan sekarang ini sebab kami masih
menantikan kelulusan dari pihak penaja.

 

5. Di manakah lokasi latihan?

Lokasi utama latihan ialah dirumah masing-masing. Jika talian internet
tidak memuaskan, bolehlah menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk menjalankan
program tersebut.

Maklumat lanjut akan disediakan mengikut perkembangan semasa.