Kelas Keusahawanan - Bengkel Asas Canva

 Tarikh 23 Februari 2024
 Masa  9.00am - 1.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta Usahawan Tempatan

 

Tujuan

Bengkel asas canva ini dijalankan bagi memberi tambahan pengetahuan untuk peserta berniaga di atas talian atau di mana-mana platform niaga. Antara program yang dibuat adalah sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Poster atau flyers adalah paling penting untuk usahawan mempromosikan produk di atas talian. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari bagaimana membuat poster iklan untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dengan menggunakan canva.

Aktiviti

Petugas mengajar cara sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Peserta perlu sunting produk mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah selesai, mereka perlu mengedar iklan produk kepada pelanggan atau atas talian.

Gambar Disini

Klik Dengan Bijak : Kesedaran Tentang Penggunaan Internet

 Tarikh 16 Februari 2024
 Masa  9.00am - 1.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta Komuniti Setempat

 

Tujuan

Memberi maklumat dan kesedaran tentang penggunaan internet yang berhemah dan selamat.

Aktiviti

Memberi penerangan ringkas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) serta tip-tip keselamatan dalam talian seperti jangan mudah terpedaya dengan perangkap scammer.Dapat meningkatkan kesedaran untuk tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang mengundang salah faham.Peserta diberikan gambar maklumat-maklumat daripada petugas mengenai Teknologi Maklumat dan tip-tip keselamatan dalam talian.

Gambar Disini

Program Soft Skill : Cara Menggunakan Email

 Tarikh  2 Februari 2024
 Masa  3.00pm - 6.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta  Komuniti Setempat

 

Tujuan

Penggunaan email adalah penting untuk kegunaan masa kini. Setiap pekerjaan menggunakan email sebagai cara untuk komunikasi. Petugas membantu komuniti untuk mencipta satu email untuk memudahkan urusan persekolahan, pejabat, dan lain-lain. Petugas membantu dari awal bagaimana cara membuka email sehingga menghantar email kepada orang lain.

Aktiviti

Petugasr membantu komuniti bagaimana ingin membuka email yang baru dan cara untuk menghantar email kepada orang lain. Komuniti dapat membuat email yang baru dengan bantuan petugas.

Kelas Asas ICT - Microsoft Words

 Tarikh  8 Februari 2024
 Masa  2.00pm - 6.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta  Komuniti setempat

 

Tujuan

Kelas asas ICT ditujukan untuk semua golongan. Banyak yang mereka pelajari dalam kelas ini antaranya mengenali apa itu microsoft word dan fungsinya. Pelajar dapat belajar membuat surat menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Petugas memberikan pengenalan mengenai microsoft word dan fungsinya. Pelajar diberi latihan mengenai penulisan surat dalam microsoft word.

Asas ICT - Microsoft Powerpoint

 Tarikh  23 Januari 2024
 Masa  9.00am - 1.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan Dan Aktiviti

Pengenalan Asas Microsoft Powerpoint ini dapat membantu pelajar
menghasilkan slide.Mereka dapat mengetahui dan boleh menggunakan fungsi asas dalam Microsoft Powerpoint seperti membuat Dokumen,Seni Cetak, Gambar dan Pemformatan Susun atur halaman,Seni perkataan Auto, Bentuk, Indeks dan Pilihan Halaman.Kelas kali ini lebih fokus kepada mencari/mengumpul maklumat serta membuat slide.