Tik Tok Workshop

 Tarikh 19 Januari 2024
 Masa  9.00am - 1.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta 10 Orang

Tujuan

PEDi Felda Bukit Cherakah mengadakan satu sesi webinar mengenai pengenalan tiktok dan bagaimana nak buka tiktok business. TikTok ialah aplikasi media sosial popular yang membolehkan pengguna mencipta, menonton dan berkongsi video 15 saat yang dirakam pada peranti mudah alih atau kamera web. TikTok Shop membolehkan jenama mempamerkan dan menjual produk untuk ditemui dan dibeli oleh komuniti TikTok.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh petugas. petugas menerangkan mengenai bagaimana ingin mendaftar tiktok bisnes untuk perniagaan.

KDB : Tips Keselamatan

 Tarikh 12 Januari 2024
 Masa  9.00am - 1.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan

Memberi maklumat dan kesedaran tentang penggunaan internet yang berhemah dan selamat.

Aktiviti

Memberi penerangan ringkas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) serta tip-tip keselamatan dalam talian seperti jangan mudah terpedaya dengan perangkap scammer.Dapat meningkatkan kesedaran untuk tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang mengundang salah faham.Peserta diberikan gambar maklumat-maklumat daripada petugas mengenai Teknologi Maklumat dan tip-tip keselamatan dalam talian.

Kelas Matematik Sekolah Rendah

 Tarikh  5 Januari 2024
 Masa  3.00pm - 6.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta  4 orang

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pelajar tips cara bijak sifir dan
pantas pecahan.

Aktiviti

Aktiviti ini membolehkan para pelajar mengetahui tips mudah untuk
menjawab Matematik. Peserta dilihat dapat membuat kuiz dengan baik dan cepat.

Gambar Disini

Program Pendaftaran Sistem PADU

 Tarikh  10 Januari 2024
 Masa  9.00am - 5.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta  Komuniti Setempat

 

Tujuan & Aktiviti

Program pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam sistem PADU di bantu oleh Pegawai Jabatan Perangkaan.

Gambar Disini

Program Bersama Unifi Business

 Tarikh  16 Disember 2023
 Masa  9.00am - 3.00pm
 Lokasi  PEDi Felda Bukit Cherakah
 Peserta 20 orang

 

Tujuan

Bengkel Ai dan Canva ini dijalankan bagi memberi tambahan pengetahuan untuk peserta berniaga di atas talian atau di mana-mana platform niaga. Antara program yang dibuat adalah sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Poster atau flyers adalah paling penting untuk usahawan mempromosikan produk di atas talian. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari bagaimana membuat poster iklan untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dengan menggunakan canva.

Aktiviti

Petugas mengajar cara sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Peserta perlu sunting produk mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah selesai, mereka perlu mengedar iklan produk kepada pelanggan atau atas talian serta belajar menggunakan Ai di Canva.

Gambar Disini