USAHAWAN AZLINAWATI RAMLI
Nama : Puan Azlinawati Binti Ramli
Umur : 37 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Memproses dan menjual minyak urut.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Tiada.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Menggunakan media sosial untuk memasarkan produk dan menerima tempahan.
Membuat proposal untuk mendapatkan dana dan bantuan perniagaan.
CELIK IT MUHD ALIF ZAILAN
Nama : MUHD ALIF BINTI ZAILAN
Umur : 12 tahun
Ahli : 2019
Latar Belakang
Berusia 12 tahun, merupakan calon UPSR 2020.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Menggunakan internet untuk mengisi masa senggang sahaja
(lihat youtube dan main game).
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Menggunakan youtube dan laman-laman web lain untuk mengulangkaji pelajaran
subjek-subjek UPSR, pelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
Agen Dropship bagi menjual Beg tangan di laman sosial
Nama : Fadilah Binti Muhamad
Umur : 48 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Puan Fadilah merupakan surirumah yang gigih. Selain menjahit, beliau turut
membuat kuih muih dan menjual di gerai di pagi hari.
Sebelum penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Beliau Bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan kuih dan upah menjahit.
Selepas penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Setelah di beri tunjuk ajar cara-cara urusniaga atas talian,
beliau dapat memanfaatkan Facebook bagi menjana pendapatan
tambahan sebanyak RM300 sebulan
Menjual Aksesori Wanita dan Kosmetik
Nama : Norhazlini Binti Zakaria
Umur : 38 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Puan Hazlini merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
Bagi membantu suaminya menambah pendapatan, beliau membuka gerai
menjual sarapan pagi.
Sebelum penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Beliau Bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan kuih.
Selepas penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Setelah di beri tunjuk ajar cara-cara urusniaga atas talian,
beliau dapat Mahir menggunakan CIMB Clicks dan membeli barangan
di atas talian (Shopee.com).
Menjual Jamu Jus Kunyit (buatan sendiri)
Nama : ROZIYANA BINTI KASSIM
Umur : 30 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Menjual Jamu Jus Kunyit secara sambilan untuk menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Beliau hanya menggunakan internet untuk mengisi masa lapang sahaja.
Selepas penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Setelah di beri tunjuk ajar cara-cara urusniaga atas talian,Kelas marketing (Fb)
Kelas perbankan di atas talian,kini beliau Menggunakan medium media sosial untuk
memasarkan produk dan menerima tempahan.contohnya seperti Facebook dan Instagram.