BELAJAR MENAIP, MENCETAK DAN BELAJAR SECARA ATAS TALIAN
Nama : Siti Fatin Maisarah Binti Mohd Fauzi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Siti Fatin Maisara atau dikenali sebagai Atin merupakan pelanggan
yang setia berkunjung ke pusat internet bagi menggunakan perkhidmatan Komputer
untuk mengisi masa lapang dan melakukan tugasan sekolah.
Sebelum penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang pelajar sekolah Rendah Darjah 6.
Beliau menggunakan internet sebagai salah satu medium untuk belajar.
Internet banyak membantu beliau dalam menyelesaikan tugasan sekolah dan
mendapat maklumat untuk pembelajaran serta peperiksaan yang bakal tiba iaitu UPSR.
Selepas penggunaan ICT Dan penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya penggunaan internet ia banyak membantu dan memudahkan
beliau dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan disekolah dan dapat mengulangkaji pelajaran secara atas talian.
Disamping itu juga, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan khususnya di
Pusat Internet Felda Bukit Cherakah, dapat memberikan ilmu baru dan dapat meningkatkan lagi
kemahiran beliau menggunakan internet, menaip dan mencetak.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama : Faris Ridhwan Bin Syamrul Ridhwan
Umur : 15 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Faris Ridhwan atau dikenali sebagai Aish adalah pengunjung
yang setia berkunjung ke pusat internet bagi menggunakan perkhidmatan Komputer.
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet
Beliau merupakan seorang pelajar sekolah Menengah Tingkatan 3.
Beliau menggunakan internet sebagai salah satu cara pembelajaran.
Internet banyak membantu beliau dalam menyelesaikan tugasan sekolah dan
mendapat maklumat untuk pembelajaran serta PT3.
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya penggunaan internet ia banyak membantu dan memudahkan
beliau dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan disekolah dan menyiapkan
kerja khusus PT3.
Disamping itu juga, melalui program-program yang dijalankan khususnya di
Pusat Internet Felda Bukit Cherakah, dapat memberikan ilmu baru dan dapat meningkatkan lagi
kemahiran beliau menggunakan internet dengan betul dan cermat.
MENGIKUTI KELAS KOMPUTER
Nama : Wan Adi Putra Bin Mohd Nasir
Umur : 12 tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Adik Wan Adi Putra Bin Mohd Nasir merupakan pelajar sekolah rendah yang kini mengambil
kelas ICT di Pusat Internet Felda Bukit Cherakah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, saya kurang mahir dalam kepenggunaan komputer. Saya juga kurang
faham tentang perisian yang ada dalam komputer seperti Microsoft Power Point,
Microsoft Words dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui pendekatan kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Felda Bukit Cherakah,
ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer.
Antara kelas yang dilakukan adalah kelas Microsoft Office. Oleh yang demikian saya dapat
membuat kerja sekolah menggunakan perisian tersebut.
MENGIKUTI KELAS KOMPUTER
Nama : Hj Masri Bin Abdullah
Umur : 58 tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Tn Hj Masri Bin Abdullah merupakan setiausaha JKKKP di Kg Felda Bukit Cherakah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer dan perisian, oleh yang demikian
agak sukar bagi beliau untuk membuat surat serta membuat minit mesyuarat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Apabila Pusat Internet dibuka, beliau telah mendapatkan bantuan petugas untuk mengajar beliau
menggunakan Microsoft Words untuk membuat surat dan minit mesyuarat. Beliau
juga telah mengikuti beberapa kelas yang kami anjurkan,seperti pengunaan internet
dan emel.Oleh yang demikian beliau dapat mencari maklumat tambahan yang berguna untuk
pembangunan kampung dan dapat membantu penduduk setempat membuat kemaskini BR1M secara
dalam talian.Beliau juga sudah pandai menggunakan emel sebagai medium berhubung, dengan
emel beliau tidak lagi perlu memandu ke sesuatu tempat semata-mata untuk menghantar dokumen.
USAHAWAN Andaman Dan Urutan
Nama : Siti Arbi Binti Katan
Umur : 47 tahun
Ahli : 2016
Latar Belakang
Puan Siti Arbi Binti Katan merupakan usahawan perkhidmatan andaman dan urutan
sejak 2014 yang menetap di Felda Bukit Cherakah.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pada permulaannya saya hanya mengunakan promosi perkhidmatan saya secara offline
dan pendapatan purata bulanan saya lebih kurang RM 500 - RM 1000. Saya agak
kurang berpuas hati dengan pencapaian tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saya menghadiri kelas Latihan Keusahawanan di mana saya dapat menambah ilmu lagi
dalam bidang promosi secara online dan promosi secara lebih luas. Antaranya,
cara – cara menggunakan Facebook dan Whatsapp dengan aplikasi tersebut ia dapat
menambahkan lagi platform perniagaan saya.Sekarang purata pendapatan saya
RM 1000 - RM 3000 sebulan