http://feldabktcherakah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/305-sky-mirror-kuala-selangor#sigFreeId47831465e9
Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak
kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor.
Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia
dan merupakan tarikan paling terbaru di Kuala Selangor.Fenomena Salar de Uyuni
di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai.
Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat
Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Waktu berlaku air surut ini
antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot
lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.
Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor
(Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Felda Bukit Cherakah)
Tarikan: Aktiviti swafoto dengan pemandangan kawasan beting pasir
Alamat:Jeti Pekan Lama Kuala Selangor,45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Jika Berminat Sila Hubungi :
Rizqullah Holidays Sdn Bhd
No Telefon: 0133558119
Alamat Email:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat: No 22 Jalan Niaga Bestari,Puncak Bestari
42300 Kapar,Selangor.